Tuesday, March 8, 2011

Semangat Yang Hilang


Assalamualaikum....


Sudah sekian lama rasanya saya meninggalkan laman ini kosong dan kesepian. Dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar, ditambah pula dengan bermacam-macam perkara yang berlaku di sepanjang waktu itu, saya tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan apa yang telah dimulakan di sini. pernah terlintas di fikiran untuk terus sahaja melenyapkan blog ini, tetapi entah mengapa tidak pula saya berbuat begitu. Kini setelah sekian lama meninggalkannya, timbul kembali keinginan untuk berkongsi pendapat, pengalaman atau apa sahaja yang boleh dikongsikan bersama orang lain. Tambahan pula, saya kini masih belum dikurniakan rezeki dalam kerjaya, hanya menghabiskan masa membantu keluarga di rumah.




Sejujurnya, kadangkala timbul juga rasa sedih kerana sehingga kini saya masih menganggur. Sering saya terfikir, adakah ini adalah kifarah terhadap dosa-dosa saya yang lalu. Suatu pagi, sewaktu sedang menyediakan sarapan, saya terdengar satu ceramah berkenaan rezeki kurniaan Allah s.w.t. Menurut ustaz tersebut, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hanya Dia yang Maha Mengetahui akan sesuatu. Hanya Allah tahu bilakah masa yang terbaik dan sesuai untuk-Nya menurunkan rezeki buat hamba-Nya. Jadi sekiranya kita masih belum dikurniakan rezeki, usahlah kita merungut. Malah kita harus terus berdoa pada Allah agar kita dikurniakan rezeki yang baik suatu hari nanti.


Betapa selama ini saya terlalu leka sehingga saya lupa, Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya. Saya bukanlah ustazah atau alim ulama' yang dapat menjelaskan tentang agama Islam secara mendalam. Saya juga hanya manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan dosa. Namun saya berharap dengan apa yang saya kongsikan ini, kita dapat saling ingat-mengingati di antara satu sama lain. Tahun baru ini benar-benar berbeza buat saya, dan saya berharap agar kita semua dapat menjadi insan yang lebih baik untuk kehidupan yang seterusnya.






alam yang sentiasa menjanjikan ketenangan

2 comments:

Anonymous said... at March 12, 2011 at 8:02 PM

fuyoh, tajuk lagu rock tu~
betul tu soleh, tiap2 org ada bahagian rezeki masing2. kalau tak dapat apa yg diminta, there must be reason behind...
mana tau rezeki soleh rupanya dpt jd VC UPM terus ke? hah, sapa tahu kan??

solehah said... at March 16, 2011 at 2:28 PM

hehe...
biase le cik ly...
ber'rock2' skali skale...haha
puiyo.....
terus jd VC tu...
xpe2, nnt kalo sy jd VC,
sy lantik ly jd VC no 2 lak...
hahaha

 

It's all about.....

Sharing is caring =)

So let us share thoughts, ideas or anything. May this sharing will benefit everyone.

HAVE A NICE DAY =)

About Me

My Photo
solehah
:: friendly~if you know who I am :: music is my soul ::
View my complete profile