Monday, January 26, 2009


Post ni khas buat sahabat saya, Nor Zulaila bt Abd Ghani yang sedang menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga di Lenga,Muar,Johor.Hehe...poyo betul...;p
Semoga Ly berjaya kumpul 'angpow' banyak2....nnti leh la blanje ktorg..;p raya2 ni jgn mkn byk sgt tau,nnti pancit...haha ;p semoga Ly ngan keluarga gembira selalu ;)


p/s; blk kolej nnti,jgn lupe bwk buah limau n makanan tau...hehehehe ;p
read more "Hanya Untukmu....;p"

Saturday, January 24, 2009


Akhir-akhir ini,hari-hari yang berlalu begitu memenatkan. Kesibukan menyiapkan tugasan dan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan sedikit sebanyak menghalang saya untuk terus berkongsi cerita di laman ini. Apabila melihat rakan-rakan yang semakin aktif berkarya, timbul semangat di hati untuk menurut jejak langkah mereka. Namun apabila berkesempatan, pasti ada sahaja kekangan yang menghalang niat di hati. Mungkin saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran baru yang nyata agak berbeza berbanding semester lepas.



Kesibukan yang kian terasa mambuatkan saya merasa gementar untuk menghadapi semester baru yang pastinya lebih mencabar. Nyata, kini saya harus berusaha lebih keras untuk mencapai kecemerlangan. Saya seakan tidak percaya bahawa perjuangan saya sebagai penuntut kini semakin menuju ke penghujungnya. Masa begitu pantas berlalu sehingga selama ini saya hampir tidak menyedari bahawa saya sudah semakin meningkat dewasa.
Sepanjang menjadi mahasiswa di Universiti Putra Malaysia yang serba indah ini, saya telah memperoleh banyak pengalaman yang nyata banyak membantu saya dalam kehidupan. Benar seperti apa yang dikatakan oleh ramai orang..pengalaman itu mengajar manusia untuk menjadi lebih matang. Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mempelajari sesuatu yang baru, yang sebelum ini tidak pernah saya fikirkan.








Semakin meningkat dewasa, saya kian mengerti bahawa hidup ini tidaklah semudah yang pernah saya bayangkan sewaktu saya masih di alam kanak-kanak. Setelah masa kian berlalu, setelah banyak halangan dan ujian yang ditempuhi, baru saya mengerti dalam erti kata yang sebenarnya tentang realiti kehidupan. Hidup ini kadangkala amat indah dan mengasyikkan, kadangkala suatu ketika, kita merasakan betapa perit dan jerihnya kehidupan. Namun, itulah lumrah alam yang telah ditetapkan. Ada yang menyatakan bahawa hidup ini umpama roda, sekejap ia ke atas, sekejap ke bawah. Hidup juga diumpamakan seperti pantai yang ada pasang surutnya. Mungkin asam garam kehidupan inilah yang mengajar kita tentang erti kesabaran dan ketabahan. Semoga di sebalik apa yang terjadi di dalam hidup kita, tersembunyi suatu hikmah yang pasti memberi makna kepada diri kita suatu hari nanti. InsyaAllah.

read more "Hari-hari yang berlalu....."

Saturday, January 3, 2009


Setelah sekian lama mendiamkan diri,mencari kekuatan..menyingkir keraguan, tiba-tiba timbul kerinduan di hati untuk saya kembali menjengah ke halaman yang telah sekian lama saya biarkan sunyi. Sebenarnya, begitu banyak cerita dan pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama namun, sebagai orang baru yang baru sahaja mengenali dunia blog, saya tidak tahu di mana harus saya memulakan langkah. Alhamdulillah, akhirnya saya mampu juga memulakan langkah yang pertama ini.





Masa begitu cepat berlalu. Tirai 2008 telah berlabuh, meninggalkan kita dengan seribu kenangan yang pastinya meninggalkan kesan di hati. Perjalanan yang telah dilalui memberikan kita kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya. Walaupun kadangkala kita terpaksa melalui jalan yang sempit dan menyukarkan, namun akhirnya pasti terselit juga kemanisan yang hanya kita sedari setelah melalui segala kesulitan itu. Walau apa pun yang telah kita hadap, pasti ada sesuatu yang kita perolehi. Semoga kita mempelajari sesuatu melalui pengalaman lalu, memperbaiki kesilapan agar hidup kita lebih bererti.


Saya rasa masih tidak terlalu lewat untuk saya ucapkan selamat datang kepada tahun baru, tahun 2009. Cabaran yang setia menanti di hadapan pastinya menuntut semangat dan kesabaran yang tinggi dalam diri kita. Di permulaan ini, azam baru yang kita bisikkan pada diri pastinya masih marak menyala umpama api, membakar semangat yang berkobar-kobar untuk melakukan yang terbaik. Namn saya kira, api itu harus kekalkan nyalaannya agar apa yang kita inginkan, akhirnya berada di genggaman. Semoga tahun baru ini membuka lembaran baru dalam hidup kita, menjanjikan kejayaan cemerlang dan kebahagiaan berkekalan. InsyaAllah.
read more "Permulaanku"
 

It's all about.....

Sharing is caring =)

So let us share thoughts, ideas or anything. May this sharing will benefit everyone.

HAVE A NICE DAY =)

About Me

My Photo
solehah
:: friendly~if you know who I am :: music is my soul ::
View my complete profile