Monday, May 16, 2011




             Bila diimbau kembali kenangan sewaktu kecil dahulu, saya masih ingat lagi bagaimana seorang insan ini amat berpengaruh dalam hidup seorang kanak-kanak. Kanak-kanak amat suka menjadikan insan ini sebagai contoh dan rujukan, gaya diikut, malah apa yang disampaikan kukuh tersemat di hati. Kadangkala, bila anak-anak tidak mahu mendengar kata, ada ibu bapa yang menggunakan nama insan ini supaya anak patuh pada mereka. 

             Sejak dahulu lagi, insan ini disanjung tinggi oleh masyarakat. Bagi masyarakat zaman dahulu, insan inilah tempat mereka mengadu dan tumpang berpaut. Tanpa insan ini, masyarakat pasti dibelenggu kemiskinan. Tanpa insan ini, masyarakat pasti menjadi mangsa tipu daya golongan yang tidak bertimbang rasa. Tanpa insan ini, kemajuan negara tidak mampu kita capai. Sesungguhnya, begitu besar peranan dan pengaruh insan ini terhadap masyarakat.

                Insan ini diumpamakan seperti sebatang lilin, sanggup membakar diri demi menerangi insan lain yang  kegelapan. Ya...insan yang dimaksudkan adalah guru. Guru di sini bukanlah hanya merujuk kepada guru-guru di sekolah sahaja, malah ia turut merangkumi semua warga pendidik seperti pensyarah, jurulatih malah sesiapa sahaja yang bertanggungawab mendidik anak bangsa. Mereka adalah tulang belakang kepada kemajuan modal insan negara. Segala ilmu yang diajar, segala nasihat yang diberikan, segala pengalaman yang dikongsi dan segala panduan yang ditunjukkan merupakan harta yang jauh lebih bernilai daripada wang ringgit. Maka, sememangnya jasa mereka ini harus dikenang sepanjang hayat, tidak mampu dibalas walau dengan kemewahan.  

                   Jadi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik di Malaysia, terutamanya pada keluarga ( Ma, Abah, Kak Tie & Adik), guru-guru di Sekolah Kebangsaan Binjai, Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai, pensyarah di Matrikulasi Gambang, Pahang, pensyarah di Universiti Putra Malaysia dan tidak ketinggalan jurulatih serta pegawai Kor SUKSIS UPM. Terima kasih saya ucapkan di atas segala jasa dan bakti yang kalian curahkan terhadap saya. Sesungguhnya, segala tunjuk ajar tersebut bukan hanya sekadar bekalan di masa hadapan, malah ia juga membantu saya untuk mengenal diri sendiri. Saya doakan semoga kalian akan sentiasa dirahmati Allah, dimurahkan rezeki dan beroleh kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat.  



             

read more "CAHAYA LILIN"
 

It's all about.....

Sharing is caring =)

So let us share thoughts, ideas or anything. May this sharing will benefit everyone.

HAVE A NICE DAY =)

About Me

My Photo
solehah
:: friendly~if you know who I am :: music is my soul ::
View my complete profile