Monday, January 23, 2012


aruki.deviantart.com

Trapped in this empty space....
Nothing here to accompany....
Silence.....is all that exist...
Try to find something to hold on to...
Nothing I could see...
Then, there's a loud voice screaming....
Bouncing from the wall...
Circulated...
Realize...there's no way out.....
Have to stay here....
All alone....
With only me.....




read more "PRISONER"

Saturday, January 7, 2012


7 Januari 2012.....
     
              Tarikh ini pastinya mencatat sejarahnya yang tersendiri di dalam diari kehidupan si dia. Setelah sekian lama memerah keringat, menjalani latihan dengan penuh ketekunan, menghadapi segala ujian dengan penuh kesabaran, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Di hari yang istimewa ini, pasti si dia segak berpakaian seragam putih, persis seorang Putera. Walaupun terselit sedikit rasa kecewa di hati kerana tidak dapat turut sama meraikan hari 'kemenangan' ini, namun segera ku pujuk hati kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Hari yang penuh gembira ini tidak seharusnya dicemari dengan kesedihan. Sesungguhnya saya rasa amat bahagia, turut berkongsi kegembiraan yang dirasa. Terbayang senyuman manis yang pastinya menghiasi wajah ibu, ayah dan juga keluarga si dia


persis seorang putera

Buat Puteraku,
              
                 Tahniah diatas kejayaanmu. Sejujurnya, diri ini tumpang gembira dengan kejayaan Si Putera yang amat kukasihi. Malah, teramat gembira apabila mengenangkan bahawa inilah yang diinginkan oleh dirimu sejak dahulu. Izinkanku berkongsi rasa bahagia ini, meraikan kegembiraan bersama, walau hanya dari kejauhan. Sememangnya, tersimpan hasrat dari dahulu lagi, untukku melihat sendiri Si Putera segak mengenakan seragam putih, namun keadaan tidak mengizinkan. Ku berharap agar Si Putera dapat memahaminya. Sesungguhnya, ku amat teruja menantikan hari yang penuh bersejarah ini tiba. Tiada kata yang mampu ku ungkapkan untuk menggambarkan rasa banggaku terhadap diri Si Putera. Ku mendoakan agar Si Putera akan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Selamanya dirimu akan tetap menjadi Putera di hati ini.



p/s: Tahniah juga buat rakan-rakan yang turut berkongsi hari bahagia ini. Semoga kejayaan akan sentiasa bersama kalian.

read more "PUTERA"

Friday, January 6, 2012


            Hari ini, sudah masuk hari yang ke-6 kita melangkah ke tahun baru. Seperti biasa, di tahun baru ini, pasti semuanya telah bersiap sedia dengan azam tahun baru masing-masing, tidak terkecuali diri saya sendiri. Namun, tahun ini saya rasakan begitu berbeza berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Jika tahun-tahun sebelumnya, saya menetapkan azam kerana sedikit sebanyak terikut-ikut dengan budaya masyarakat, tahun ini tidak lagi bagi saya. Seandainya tahun-tahun sebelum ini, saya tercari-cari apakah azam yang ingin saya tetapkan, kini tidak lagi.


          Setahun menghabiskan masa di rumah, semakin banyak perihal kehidupan yang saya mengerti. Dalam tempoh setahun itu, saya semakin mengenali diri sendiri. Mungkin ada yang hairan jika saya katakan selama ini, saya sering tertanya-tanya siapa diri saya yang sebenarnya. Walau kini hampir 24 tahun saya berdiri, menghuni bumi yang indah ini, namun saya masih lagi belum begitu arif dengan diri sendiri. Masih tercari-cari diri yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya, diri yang sentiasa sabar dan tidak mudah mengeluh dalam mengharungi ujian-Nya, diri yang tidak mudah lupa pada yang Maha Pencipta. 



          Pengalaman yang telah dilalui selama ini, banyak membuka mata saya. Hidup ini tidak semudah angan-angan, yang sentiasa menjanjikan perkara yang indah-indah belaka. Hidup ini harus berpijak di bumi yang nyata, perlu diingat bukan hanya kemanisan yang dirasa. Kepahitan pasti ada, namun andai kita berfikir tentang hikmah-Nya, pasti hidup ini lebih nikmat dari yang dijangka. Kadangkala, kesusahan itu perlu untuk menyedarkan kita, siapa kita yang sebenarnya. Kesusahan itulah yang mengajar kita erti dewasa, kerana kesenangan itu kadangkala membuatkan kita mudah alpa. 



        Jujur saya akui, melihat rakan sebaya ada yang sudah bekerja, ada yang sibuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, sememangnya terbit rasa sedih mengenangkan diri yang tidak punya apa-apa. Sedih mengenangkan perancangan diri yang perjalanannya tidak selancar orang lain. Namun kini saya mengerti, ujian ini hanya untuk menguji. Menguji kesungguhan diri mengejar apa yang dihajati, juga mengajar diri untuk sentiasa redha menerima ketentuan-Nya. Perancangan itu tidak semestinya akan terlaksana, kerana mungkin Yang Maha Pencipta mempunyai rancangan yang lebih bermakna untuk kita. Saya amat yakin, Dia Maha Penyayang, sentiasa memberikan yang terbaik kepada hamba-Nya. 


           Jadi, kita hanya perlu berusaha sebaik mungkin dalam menjalani kehidupan ini, dan menikmati segala yang telah diberi. There's no promise that life would be easy, but it's worth to try it.



read more "TERUS MELANGKAH"
 

It's all about.....

Sharing is caring =)

So let us share thoughts, ideas or anything. May this sharing will benefit everyone.

HAVE A NICE DAY =)

About Me

My Photo
solehah
:: friendly~if you know who I am :: music is my soul ::
View my complete profile