Monday, October 17, 2011





Pagi ini, seperti biasa saya menjalani rutin harian iaitu menguruskan sangkar anak-anak kucing yang kini semakin bertambah bilangannya. Melihat telatah si kecil yang aktif melompat sana sini, cukup menghiburkan hati. Seusai menguruskan mereka, saya mendongak ke langit. Hari ini amat indah, mentari begitu terang memancarkan cahayanya, awan-awan pula memutih di dada langit yang biru. Suasana yang cukup mendamaikan hati. Buat seketika, saya terus berdiri di situ, memuji dan mengagumi keindahan alam ciptaan-Nya. Dalam keasyikan menikmati pemandangan indah tersebut, tiba-tiba mata saya terpaku pada awan putih yang berarak tenang.



Selama ini, awan putih itu, banyak berkongsi rahsia hati saya. Di saat kegembiraan datang menyapa diri, hingga tiada kata-kata yang mampu diluahkan untuk menggambarkan kegembiraan itu, saya pasti akan mendongak ke langit, mencari kelibat awan putih. Melihat awan yang putih bersih, berarak perlahan di langit biru, amat menenangkan. Ketenangan itu membuatkan saya merasa seolah-olah ia turut berkongsi rasa yang tersirat di hati. Begitu juga di kala hati resah berduka, kelegaan pasti terasa di saat saya memandangnya. Begitu hebat alam ciptaan-Nya sehingga mampu merawat hati, hanya dengan pandangan mata.



Setiap kali melihat awan putih itu, apa yang terlintas di fikiran saya ialah, kesucian, kelembutan , kehalusan dan ketenangan. Warnanya yang putih bersih begitu suci, rupanya yang kelihatan lembut dan halus cukup indah, mampu menenangkan hati. Sesungguhnya, awan putih itu membuatkan saya teringat pada seseorang….Bagi saya, seseorang itu sama seperti awan putih.



Dalam keadaan suka atau duka, menangis atau ketawa, seseorang itu adalah antara insan-insan yang ikhlas berkongsi rasa. Di waktu air mata ini menitis, kedukaan turut dirasa. Di saat senyuman terhias di wajah ini, terdengar pula tawa gembira. Bagi saya, silaturrahim yang terjalin ini begitu suci, cukup bermakna. Mengingatinya cukup membuatkan saya gembira dan merasa bertuah memiliki kurniaan yang cukup istimewa ini.



Seperti awan yang halus, insan itu begitu mudah mengesan perubahan cuaca di hati saya yang adakalanya cerah, ada ketikanya mendung dan ada masanya hujan. Walaupun sedaya upaya saya cuba sembunyikannya, namun insan ini masih cekap mengesan perubahan yang berlaku. Sekiranya ada perlakuan saya yang tidak kena pada pandangan matanya, insan ini akan menegur dengan lembut, tanpa sedikit pun mengguris hati saya. Di saat saya perlukan teman untuk melegakan kekusutan fikiran dan rasa hati pula, insan ini antara yang setia di sisi, sentiasa prihatin dan berkongsi rasa, melegakan perasaan saya, mengundang ketenangan kembali di hati. Sesungguhnya, bagi saya, insan ini adalah seorang yang amat memahami diri ini.


Buat cik awan putih saya (saudari Rosearnida Senawi), SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-23 saya ucapkan. Semoga sahabat yang saya kasihi ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah, dunia dan akhirat. Saya turut mendoakan agar cik awan putih saya ini sentiasa dimurahkan rezeki, berjaya dan bahagia dunia akhirat. Buat insan yang sentiasa membantu diri ini juga, saya harapkan agar segalanya dipermudahkan oleh Allah, insyaAllah. Sesungguhnya, saya amat bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat sejati yang begitu baik dan sentiasa memahami...hadiah yang terindah buat diri ini =)


awan putih yang indah, sentiasa menenangkan hati yang gundah =)














read more "AWAN NAN PUTIH"

Monday, October 3, 2011




Suatu masa dulu....

masa kita masih kecik-kecik, ah masih ingat lagi, abah ngan ma belikan kita basikal teksi. Tiap-tiap hari kita main teksi-teksi, tapi mesti ah je yang nak kayuh ;p hehe...biasalah, ah kan kakak ;p Ada sekali tu, ah kayuh basikal tu dekat sangat dengan muka pintu, sampai jatuh kah ngan adik...cian kah ngan adik opp? Hehe...nak buat macam mane, kakak awak ni boleh tahan jugak nakalnye ;p Tapi bila ah fikir balik, memang tak patut ah buat gitu, kan? Ah mintak maaf ye, adik-adik =)




Suatu ketika dulu....

ah masih ingat rutin harian kita bila balik dari sekolah. Sampai-sampai je, perkara pertama sekali yang kita buat, panjat pokok akasia, duduk-duduk ambik angin sambil goyang-goyang kaki ;p hehe...best kan masa tu =) Bila abah panggil sambil pegang rotan, baru kita turun, masuk umah ;p Kalau nak kena rotan, mesti kah ngan adik suruh ah pegi dulu...alasannya, sebab ah kan kakak ;p hahaha...akhirnya, boleh jugak adik-adik kenakan ah ye ;p Malam-malam pulak, kita ikat selimut kat palang katil, main buai-buai...kadang-kadang, main khemah-khemah ;p hehehe...seronok kan, masa tu =)




Suatu detik dulu.......

ah masih ingat gelaran yang budak-budak sekolah beri pada kita bertiga. Disebabkan kita selalu je bersama kemana-mana, kebetulan pulak semuanya pengawas, budak-budak sekolah selalu gelarkan kita kembar 3...yang paling kelakar, diorang panggil kita 3 Abdul ;p Rasa macam nak marah je, tapi kelakar la pulak....haha, mengarut betul diorang ni, ada ke patut perempuan diorang panggil 3 Abdul ;p Haha...
 





Tapi kini.....

Kita dah jarang dapat luangkan masa sama-sama macam dulu. Ye la, masing-masing sibuk dengan komitmen sebagai pelajar. Tambah pulak, adik dah terbang jauh ke negara orang ;p Tak sangka kan, cepat betul masa berlalu. Adik-adik ah pun dah semakin dewasa...Hari ni, adik pun dah genap 20 tahun =)


http://www.fanpop.com

Ah doakan agar adik dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya dan bahagia dunia akhirat =) Ah harap adik semakin matang dalam menjalani liku-liku hidup ni. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah, insyaAllah. 




Walaupun sekarang ni kita terpisah jauh beribu batu (chewah!), tapi ah dan keluarga sentiasa mengingati dan merindui adik di sana. Keluarga di sini sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik =) Adik jaga diri baik-baik tau, belajar rajin-rajin dan jangan lupa solat hajat & baca Al-Quran. Kalau boleh, adik amalkanlah baca surah Al-Waqi'ah tiap-tiap malam, mudah-mudahan dimurahkan rezeki oleh Allah. Kalau adik ada apa-apa yang nak dikongsi, perlukan seseorang untuk dengar masalah adik, ah & keluarga kat sini sentiasa ada untuk adik =) 

Abg Daus pun wish birthday kat adik, dia mintak tolong ah sampaikan =) hehe ;p 





Lastly, All The Best, Dear Sis....May All Of Your Dreams Come True =)





read more "~@ 3 ABDUL @~"
 

It's all about.....

Sharing is caring =)

So let us share thoughts, ideas or anything. May this sharing will benefit everyone.

HAVE A NICE DAY =)

About Me

My Photo
solehah
:: friendly~if you know who I am :: music is my soul ::
View my complete profile