Thursday, November 3, 2011




2007…..
                 

                   bermulanya tahun itu, tanggal 3 November  mula tersemat kukuh di dalam diari kehidupan saya. Tanggal tersebut begitu istimewa kerana ia merupakan hari ulangtahun kelahiran salah seorang sahabat yang cukup saya kasihi. Dia adalah antara sahabat yang amat dekat di hati saya. Bagi saya, sahabat-sahabat saya ini bagaikan pari-pari, yang membuatkan hidup saya lebih bermakna, penuh dengan keajaiban. Mereka begitu setia menemani saya, tidak kira di kala suka atau duka, menjadi dahan untuk saya berpaut di kala lemah tidak berdaya, sudi  menghulurkan bahu untuk saya bersandar mengadu di saat ditimpa musibah, mengusir segala keresahan dan lara yang bertamu di hati, mengusap pergi air mata yang mengalir di pipi, menjadi pendorong untuk saya pergi lebih tinggi, tanpa lupa mengingatkan saya untuk sentiasa berpijak di bumi.



                Bersama mereka, membuatkan saya banyak belajar tentang kehidupan. Bersama mereka juga, saya berjaya temui satu sudut yang lebih baik di dalam diri saya, sesuatu yang lebih tenang dan mendamaikan. Sesuatu yang selama ini saya cari, akhirnya dapat juga saya temui. Persahabatan ini merupakan satu anugerah dari Yang Maha Pencipta buat diri saya. Terima kasih; ingin saya ucapkan kalimah ini berulang-ulang kali kepada mereka agar mereka tahu, adanya mereka di dalam hidup ini merupakan satu nikmat yang amat saya syukuri. Terima kasih sahabat-sahabatku, di atas hadiah yang terindah buat diri ini.

friendship-cards.blogspot.com
Memandangkan hari ini merupakan hari bersejarah yang cukup istimewa buat salah seorang daripada pari-pari saya, ingin saya coretkan sedikit bingkisan buat si dia yang dirai.




My passionate fairy,

                rasanya itulah gelaran yang saya rasakan sesuai untuk sahabat yang seorang ini. Dia adalah seorang sahabat yang sentiasa ceria, membawa gelak tawa buat kami. Hatinya penuh dengan kasih sayang, sentiasa mengambil berat tentang insan sekeliling, tidak lokek untuk menghulurkan bantuan di saat ia diperlukan, penuh sabar melayan kerenah rakan-rakan, mudah memaafkan tanpa dendam, mampu membuatkan sesiapa sahaja yang bersamanya menjadi riang. Setelah mengenalinya dengan lebih lanjut, saya mampu menyelami bahawa pari-pari saya ini seorang yang mudah tersentuh hatinya, berjiwa romantik dan amat menghargai insan tersayang. Ciri-ciri inilah yang membuatkan si pari-pari ini mudah disayangi dan disenangi oleh insan yang mengenalinya. 


                Buat cik pari-pari yang penuh dengan kasih sayang ini (saudari Nor Amalina bt Roslin), SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-23 saya ucapkan. Saya mendoakan agar cik pari-pari kesayangan saya ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat, sentiasa dirahmati Allah selalu dan semoga segalanya terbaik buat anda.  Saya juga sentiasa mendoakan agar suatu hari nanti, cik Melin pari-pari akan berjumpa dengan seseorang yang baik budi pekertinya, yang bertanggungjawab, yang dapat membimbing Melin kearah kebaikan, dan dapat mencurahkan sepenuh kasih sayang buat Melin =) Ameen……Semoga ceria selalu ye, cik pari-pari kesayangan =)


rabbyassweettreats.blogspot.com

read more "NOVEMBER YANG DINANTI"

Monday, October 17, 2011





Pagi ini, seperti biasa saya menjalani rutin harian iaitu menguruskan sangkar anak-anak kucing yang kini semakin bertambah bilangannya. Melihat telatah si kecil yang aktif melompat sana sini, cukup menghiburkan hati. Seusai menguruskan mereka, saya mendongak ke langit. Hari ini amat indah, mentari begitu terang memancarkan cahayanya, awan-awan pula memutih di dada langit yang biru. Suasana yang cukup mendamaikan hati. Buat seketika, saya terus berdiri di situ, memuji dan mengagumi keindahan alam ciptaan-Nya. Dalam keasyikan menikmati pemandangan indah tersebut, tiba-tiba mata saya terpaku pada awan putih yang berarak tenang.



Selama ini, awan putih itu, banyak berkongsi rahsia hati saya. Di saat kegembiraan datang menyapa diri, hingga tiada kata-kata yang mampu diluahkan untuk menggambarkan kegembiraan itu, saya pasti akan mendongak ke langit, mencari kelibat awan putih. Melihat awan yang putih bersih, berarak perlahan di langit biru, amat menenangkan. Ketenangan itu membuatkan saya merasa seolah-olah ia turut berkongsi rasa yang tersirat di hati. Begitu juga di kala hati resah berduka, kelegaan pasti terasa di saat saya memandangnya. Begitu hebat alam ciptaan-Nya sehingga mampu merawat hati, hanya dengan pandangan mata.



Setiap kali melihat awan putih itu, apa yang terlintas di fikiran saya ialah, kesucian, kelembutan , kehalusan dan ketenangan. Warnanya yang putih bersih begitu suci, rupanya yang kelihatan lembut dan halus cukup indah, mampu menenangkan hati. Sesungguhnya, awan putih itu membuatkan saya teringat pada seseorang….Bagi saya, seseorang itu sama seperti awan putih.



Dalam keadaan suka atau duka, menangis atau ketawa, seseorang itu adalah antara insan-insan yang ikhlas berkongsi rasa. Di waktu air mata ini menitis, kedukaan turut dirasa. Di saat senyuman terhias di wajah ini, terdengar pula tawa gembira. Bagi saya, silaturrahim yang terjalin ini begitu suci, cukup bermakna. Mengingatinya cukup membuatkan saya gembira dan merasa bertuah memiliki kurniaan yang cukup istimewa ini.



Seperti awan yang halus, insan itu begitu mudah mengesan perubahan cuaca di hati saya yang adakalanya cerah, ada ketikanya mendung dan ada masanya hujan. Walaupun sedaya upaya saya cuba sembunyikannya, namun insan ini masih cekap mengesan perubahan yang berlaku. Sekiranya ada perlakuan saya yang tidak kena pada pandangan matanya, insan ini akan menegur dengan lembut, tanpa sedikit pun mengguris hati saya. Di saat saya perlukan teman untuk melegakan kekusutan fikiran dan rasa hati pula, insan ini antara yang setia di sisi, sentiasa prihatin dan berkongsi rasa, melegakan perasaan saya, mengundang ketenangan kembali di hati. Sesungguhnya, bagi saya, insan ini adalah seorang yang amat memahami diri ini.


Buat cik awan putih saya (saudari Rosearnida Senawi), SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-23 saya ucapkan. Semoga sahabat yang saya kasihi ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah, dunia dan akhirat. Saya turut mendoakan agar cik awan putih saya ini sentiasa dimurahkan rezeki, berjaya dan bahagia dunia akhirat. Buat insan yang sentiasa membantu diri ini juga, saya harapkan agar segalanya dipermudahkan oleh Allah, insyaAllah. Sesungguhnya, saya amat bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat sejati yang begitu baik dan sentiasa memahami...hadiah yang terindah buat diri ini =)


awan putih yang indah, sentiasa menenangkan hati yang gundah =)














read more "AWAN NAN PUTIH"

Monday, October 3, 2011




Suatu masa dulu....

masa kita masih kecik-kecik, ah masih ingat lagi, abah ngan ma belikan kita basikal teksi. Tiap-tiap hari kita main teksi-teksi, tapi mesti ah je yang nak kayuh ;p hehe...biasalah, ah kan kakak ;p Ada sekali tu, ah kayuh basikal tu dekat sangat dengan muka pintu, sampai jatuh kah ngan adik...cian kah ngan adik opp? Hehe...nak buat macam mane, kakak awak ni boleh tahan jugak nakalnye ;p Tapi bila ah fikir balik, memang tak patut ah buat gitu, kan? Ah mintak maaf ye, adik-adik =)




Suatu ketika dulu....

ah masih ingat rutin harian kita bila balik dari sekolah. Sampai-sampai je, perkara pertama sekali yang kita buat, panjat pokok akasia, duduk-duduk ambik angin sambil goyang-goyang kaki ;p hehe...best kan masa tu =) Bila abah panggil sambil pegang rotan, baru kita turun, masuk umah ;p Kalau nak kena rotan, mesti kah ngan adik suruh ah pegi dulu...alasannya, sebab ah kan kakak ;p hahaha...akhirnya, boleh jugak adik-adik kenakan ah ye ;p Malam-malam pulak, kita ikat selimut kat palang katil, main buai-buai...kadang-kadang, main khemah-khemah ;p hehehe...seronok kan, masa tu =)




Suatu detik dulu.......

ah masih ingat gelaran yang budak-budak sekolah beri pada kita bertiga. Disebabkan kita selalu je bersama kemana-mana, kebetulan pulak semuanya pengawas, budak-budak sekolah selalu gelarkan kita kembar 3...yang paling kelakar, diorang panggil kita 3 Abdul ;p Rasa macam nak marah je, tapi kelakar la pulak....haha, mengarut betul diorang ni, ada ke patut perempuan diorang panggil 3 Abdul ;p Haha...
 





Tapi kini.....

Kita dah jarang dapat luangkan masa sama-sama macam dulu. Ye la, masing-masing sibuk dengan komitmen sebagai pelajar. Tambah pulak, adik dah terbang jauh ke negara orang ;p Tak sangka kan, cepat betul masa berlalu. Adik-adik ah pun dah semakin dewasa...Hari ni, adik pun dah genap 20 tahun =)


http://www.fanpop.com

Ah doakan agar adik dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya dan bahagia dunia akhirat =) Ah harap adik semakin matang dalam menjalani liku-liku hidup ni. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah, insyaAllah. 




Walaupun sekarang ni kita terpisah jauh beribu batu (chewah!), tapi ah dan keluarga sentiasa mengingati dan merindui adik di sana. Keluarga di sini sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik =) Adik jaga diri baik-baik tau, belajar rajin-rajin dan jangan lupa solat hajat & baca Al-Quran. Kalau boleh, adik amalkanlah baca surah Al-Waqi'ah tiap-tiap malam, mudah-mudahan dimurahkan rezeki oleh Allah. Kalau adik ada apa-apa yang nak dikongsi, perlukan seseorang untuk dengar masalah adik, ah & keluarga kat sini sentiasa ada untuk adik =) 

Abg Daus pun wish birthday kat adik, dia mintak tolong ah sampaikan =) hehe ;p 





Lastly, All The Best, Dear Sis....May All Of Your Dreams Come True =)





read more "~@ 3 ABDUL @~"

Friday, August 26, 2011







It is OURS...and ours ONLY, so we can fix it. 
It might be hard, but it's NOT IMPOSSIBLE.





read more "SILENT WHISPER"

Wednesday, July 27, 2011



Dear friend,

The first time we met,
We’ve never thought of what we’ll have,
United through the worlds we’re destined,
With each being ruled by the power of blue and green.

All of these years,
As we loyally stick to each other,
Nothing that we’ve never been together,
Through the rise, through the fall,
Through the sunshine, through the rain,
Yet, through the storms…
we even make it through.

So,it’s time to let you know…

For all of the laughter we shared, I thank you
For all of the tears that we shed, I thank you
For all of the courage and advice, I thank you
For always give me strength, I thank you
For always accept my weaknesses, I thank you
For always be with me of who I am, I thank you so much





There’re no words that can best describe how grateful I am to have a friend like you. It’s such a blessing to have this precious friendship in my life. I hope that you’ll always remember, whether you’re happy or sad, whether you feel good or bad, you’re not alone…because I’ll always be here for anything you need… even if it’s just someone to listen.  I’ll always pray that He will always protect my dear friends; always be in a good health, given the strength to face the difficulties, success in everything and will always find the happiness throughout the life. May all of your wishes come true.


~Friends for life~


Yours sincerely,
Soleh.
read more "For Life...."

Monday, May 16, 2011




             Bila diimbau kembali kenangan sewaktu kecil dahulu, saya masih ingat lagi bagaimana seorang insan ini amat berpengaruh dalam hidup seorang kanak-kanak. Kanak-kanak amat suka menjadikan insan ini sebagai contoh dan rujukan, gaya diikut, malah apa yang disampaikan kukuh tersemat di hati. Kadangkala, bila anak-anak tidak mahu mendengar kata, ada ibu bapa yang menggunakan nama insan ini supaya anak patuh pada mereka. 

             Sejak dahulu lagi, insan ini disanjung tinggi oleh masyarakat. Bagi masyarakat zaman dahulu, insan inilah tempat mereka mengadu dan tumpang berpaut. Tanpa insan ini, masyarakat pasti dibelenggu kemiskinan. Tanpa insan ini, masyarakat pasti menjadi mangsa tipu daya golongan yang tidak bertimbang rasa. Tanpa insan ini, kemajuan negara tidak mampu kita capai. Sesungguhnya, begitu besar peranan dan pengaruh insan ini terhadap masyarakat.

                Insan ini diumpamakan seperti sebatang lilin, sanggup membakar diri demi menerangi insan lain yang  kegelapan. Ya...insan yang dimaksudkan adalah guru. Guru di sini bukanlah hanya merujuk kepada guru-guru di sekolah sahaja, malah ia turut merangkumi semua warga pendidik seperti pensyarah, jurulatih malah sesiapa sahaja yang bertanggungawab mendidik anak bangsa. Mereka adalah tulang belakang kepada kemajuan modal insan negara. Segala ilmu yang diajar, segala nasihat yang diberikan, segala pengalaman yang dikongsi dan segala panduan yang ditunjukkan merupakan harta yang jauh lebih bernilai daripada wang ringgit. Maka, sememangnya jasa mereka ini harus dikenang sepanjang hayat, tidak mampu dibalas walau dengan kemewahan.  

                   Jadi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik di Malaysia, terutamanya pada keluarga ( Ma, Abah, Kak Tie & Adik), guru-guru di Sekolah Kebangsaan Binjai, Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai, pensyarah di Matrikulasi Gambang, Pahang, pensyarah di Universiti Putra Malaysia dan tidak ketinggalan jurulatih serta pegawai Kor SUKSIS UPM. Terima kasih saya ucapkan di atas segala jasa dan bakti yang kalian curahkan terhadap saya. Sesungguhnya, segala tunjuk ajar tersebut bukan hanya sekadar bekalan di masa hadapan, malah ia juga membantu saya untuk mengenal diri sendiri. Saya doakan semoga kalian akan sentiasa dirahmati Allah, dimurahkan rezeki dan beroleh kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat.  



             

read more "CAHAYA LILIN"

Monday, April 25, 2011




To my-dear-someone,
this distinct land seems so quiet without you,
it's even lonely on this memorable moment,
just want you to know,
even when we're far apart,
you're always be thought of,
in a very special way,
because you're like a star,
you're not always be seen,
but,
I know you'll always be there,
shining brightly like you always do.





May Allah bless you always,
in everything you do.

 
read more "SHINING STAR"

Monday, April 4, 2011


        15:42, telefon bimbitku berdering. Agak hairan kerana sejak sebulan yang lalu, telefon bimbit saya jarang mengalunkan lagu. Hanya 2, 3 kali, samaada daripada keluarga atau sahabat terdekat. Saya amati nombor yang tertera di skrin, bertambah hairan apabila nombor itu tidak saya kenali. Dengan perasaan ingin tahu siapakah gerangan si pemanggil, segera saya jawab panggilan tersebut. Demi terdengarkan suara itu, saya segera mengenali siapakah gerangannya yang di sana. Tidak perlu memperkenalkan diri, saya yakin suara itu miliknya. Walaupun telah lama kami tidak berhubung, namun saya tetap mengingati suara itu. Terkaku seketika, seakan bermimpi sahaja rasanya. Buat beberapa detik itu, tiada patah bicara yang kedengaran. Saya ketawa untuk menyembunyikan perasaan terkejut di hati. Kami berbual-bual untuk seketika, berkongsi berita gembira itu kerana si pemanggil mempunyai urusan yang perlu diselesaikan. Terbayang di fikiran, wajah-wajah terkejut yang akhirnya pasti tersenyum gembira menyambut kepulangannya. Sekurang-kurangnya, dua minggu ini pasti mengundang senyuman manis di wajah.  




read more "15:42"

Friday, March 25, 2011


Whenever I see that White & Blue....
I'm excited....
Wherever I see that White & Blue....
I'm delighted....
Seeing that White & Blue...
the energy feels like have been pumped up...
Flows through the whole part...
The flame that keeps on burning....
The spirit that keeps on roaring...
Eternally....will never end...

Am I obsessed?
Yes...some people say I'm too obsessed....
They even say....I'm possessed....
If only they knew....
How special that White & Blue.....

That White & Blue......lights up my spirit
That White & Blue......told me to be wiser
That White & Blue......give me trust and hope
That White & Blue......shows me the power of teamwork

From White & Blue.....I've learned to understand life
From White & Blue.....I know how to survive
From White & Blue.....I've trained to built that self quality
From White and Blue....I understand fantasy and reality

That's why...
Those White & Blue....
are meaningful to me....
I've become a better person....
Those White & Blue....
is one of the best gift in my life....



sweet love


read more "White & Blue"

Assalamualaikum.....

Hari ini merupakan hari yang amat istimewa. Teringat kenangan sewaktu sedang menuntut pengajian di universiti dahulu. Setiap tahun, pada hari yang istimewa ini, saya dan beberapa orang rakan pasti tidak akan melepaskan peluang seandainya ditawarkan untuk menyertai acara penuh istiadat ini. Di saat orang lain bermalas-malasan di bilik, kami dengan senang hati sedia mengorbankan masa untuk menghadiri upacara tersebut. Walaupun telah menghadiri acara yang sama setiap tahun, tiada sedikit pun kami merasa jemu. Malah, kami amat teruja untuk turut sama melibatkan diri.  Dapat melibatkan diri dalam upacara yang penuh istiadat ini merupakan satu penghormatan buat kami. Tidak tergambar betapa hebatnya perasaan menyaksikan semua itu di hadapan mata. Amat terharu sehinggakan kadangkala, air jernih itu bertakung di tubir mata. Dapat menyaksikan kesegakan pahlawan negara lengkap berpakaian, kemas mengatur langkah, berdiri megah, di saat penghormatan diberi kepada seluruh warga dan anggota, merupakan satu pengalaman yang cukup indah buat diri saya. Segala pengorbanan dan kerja-keras para pahlawan disanjung dan dipuji. Mereka pahlawan mulia, sanggup berkorban masa dan tenaga, mempertaruhkan nyawa demi bangsa dan negara. 





SELAMAT HARI POLIS KE-204 buat semua warga Polis Di Raja Malaysia. Tahniah di atas segala pencapaian cemerlang selama ini. Jasamu sentiasa dikenang seluruh bangsa. Engkaulah pahlawan berani, penegak keadilan, pembela nusa dan bangsa. Semoga PDRM akan terus maju dan cemerlang.   





read more "PAHLAWANKU"

Wednesday, March 23, 2011


This silence...
Never kills me....
Yet,it keeps me smiling....
although sometimes, those crystals keep dropping.... 
As I listen to this song all day long....
I found I'm there once again....
to a place where I belong......



Hope you guys enjoy.....
It's a good song though =)

read more ":: SILENT 23rd ::"

Sunday, March 20, 2011


Assalamualaikum....
 
Pada cuti sekolah yang lalu, Abang Teh dan Kak Tie yang merantau jauh ke negeri orang mencari rezeki, pulang bertemu keluarga. Sudah lama rasanya kami tidak berkumpul dan bertukar cerita. Rindu pada usikan dan gelak tawa mereka. Setelah seminggu kami menghabiskan masa bersama, maka tibalah masa untuk kami berpisah kembali. Semalam saya,Ma dan Kak Yong menghantar Kak Tie ke stesen bas di Geliga. Sementara menunggu bas, kami sempat berborak-borak dengan sebuah keluarga Cina. Perbezaan bangsa tidak menjadi penghalang untuk kami berbual mesra dan bergelak ketawa bersama. Semasa kami sedang rancak berbual, tiba-tiba seorang kanak-kanak berbangsa cina datang menghampiri saya, lantas memanggil saya 'kakak'. 'Cair' saya dibuatnya. Anak kecil yang baru pandai bertutur itu sangat comel, rasanya mahu sahaja saya memeluk dan mencubit pipinya yang montel.


Telatah anak kecil yang amat menghiburkan itu membuatkan saya juga teringin untuk mempunyai anak yang bijak, baik dan comel suatu hari nanti. Pasti bukan saya sahaja yang berimpian begini kerana semua wanita pasti menginginkan yang serupa. Namun apa yang harus kita ingat, anak itu merupakan amanah daripada Allah. Lahirnya anak itu adalah dalam keadaan putih bersih, suci daripada sebarang noda. Maka, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya, mendidik anak agar menjadi seorang insan yang baik budi pekerti dan soleh.




Namun, keadaan sekarang yang amat membimbangkan membuatkan saya terfikir, bukan mudah untuk kita mendidik seseorang menjadi insan. Sejak kebelakangan ini, pelbagai kisah salah laku golongan remaja dipaparkan. Penularan budaya barat semakin menjadi-jadi sehinggakan kini sifat ketimuran yang seharusnya dikekalkan oleh para remaja semakin terhakis. Sememangnya tidak adil untuk kita menghukum semua remaja sedangkan hakikatnya, dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk. Namun, disebabkan sebahagian golongan ini yang sering membuat onar, remaja sering sahaja dikaitkan dengan gejala yang negatif. Seperti kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.




Mendidik anak untuk menjadi seorang insan bukanlah satu tugas yang mudah. Sesungguhnya, begitu berat tanggungjawab yang terpikul di bahu ibu bapa. Justeru itu, ia bermula dengan diri kita. Sebelum bergelar sebagai seorang ibu atau bapa, kita seharusnya memperbaiki kelemahan diri dan berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik, hamba-Nya yang soleh. Saya menyeru pada diri saya dan rakan-rakan semua, hargailah peluang yang kita ada. Gunakanlah peluang itu untuk sentiasa berusaha menjadi insan yang lebih baik. Akur pada yang Maha Pencipta, kasihanilah kedua ibu bapa kita, cintailah diri kita. Saya bukanlah insan suci yang terhindar daripada palitan dosa dan noda. Tiada manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan, namun apa yang penting, kita harus segera bangkit, menyesali dan memperbaiki kesalahan tersebut. Sememangnya, masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari dan perbaiki. Saya percaya, sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia datangnya daripada ibu bapa yang sentiasa taat kepada Penciptanya dan berbudi pekerti mulia.



   
:: Hafiy Rayyan; rindu pada si montel ini yang sangat suka makan. Si comel ni sangat tangkas merangkak, berpeluh-peluh saya dibuatnya ::
read more "Itu Amanah"

Wednesday, March 16, 2011



Quite worried with the current situation...
Nothing I can do to confirmed his condition...
Just praying and hoping that he'll be fine...
Not only him, but whole of the organization to be better soon...
Looking forward for the good news... 






read more "The Test"

Tuesday, March 8, 2011


Assalamualaikum....


Sudah sekian lama rasanya saya meninggalkan laman ini kosong dan kesepian. Dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar, ditambah pula dengan bermacam-macam perkara yang berlaku di sepanjang waktu itu, saya tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan apa yang telah dimulakan di sini. pernah terlintas di fikiran untuk terus sahaja melenyapkan blog ini, tetapi entah mengapa tidak pula saya berbuat begitu. Kini setelah sekian lama meninggalkannya, timbul kembali keinginan untuk berkongsi pendapat, pengalaman atau apa sahaja yang boleh dikongsikan bersama orang lain. Tambahan pula, saya kini masih belum dikurniakan rezeki dalam kerjaya, hanya menghabiskan masa membantu keluarga di rumah.




Sejujurnya, kadangkala timbul juga rasa sedih kerana sehingga kini saya masih menganggur. Sering saya terfikir, adakah ini adalah kifarah terhadap dosa-dosa saya yang lalu. Suatu pagi, sewaktu sedang menyediakan sarapan, saya terdengar satu ceramah berkenaan rezeki kurniaan Allah s.w.t. Menurut ustaz tersebut, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hanya Dia yang Maha Mengetahui akan sesuatu. Hanya Allah tahu bilakah masa yang terbaik dan sesuai untuk-Nya menurunkan rezeki buat hamba-Nya. Jadi sekiranya kita masih belum dikurniakan rezeki, usahlah kita merungut. Malah kita harus terus berdoa pada Allah agar kita dikurniakan rezeki yang baik suatu hari nanti.


Betapa selama ini saya terlalu leka sehingga saya lupa, Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya. Saya bukanlah ustazah atau alim ulama' yang dapat menjelaskan tentang agama Islam secara mendalam. Saya juga hanya manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan dosa. Namun saya berharap dengan apa yang saya kongsikan ini, kita dapat saling ingat-mengingati di antara satu sama lain. Tahun baru ini benar-benar berbeza buat saya, dan saya berharap agar kita semua dapat menjadi insan yang lebih baik untuk kehidupan yang seterusnya.






alam yang sentiasa menjanjikan ketenangan

read more "Semangat Yang Hilang"