Thursday, November 3, 2011




2007…..
                 

                   bermulanya tahun itu, tanggal 3 November  mula tersemat kukuh di dalam diari kehidupan saya. Tanggal tersebut begitu istimewa kerana ia merupakan hari ulangtahun kelahiran salah seorang sahabat yang cukup saya kasihi. Dia adalah antara sahabat yang amat dekat di hati saya. Bagi saya, sahabat-sahabat saya ini bagaikan pari-pari, yang membuatkan hidup saya lebih bermakna, penuh dengan keajaiban. Mereka begitu setia menemani saya, tidak kira di kala suka atau duka, menjadi dahan untuk saya berpaut di kala lemah tidak berdaya, sudi  menghulurkan bahu untuk saya bersandar mengadu di saat ditimpa musibah, mengusir segala keresahan dan lara yang bertamu di hati, mengusap pergi air mata yang mengalir di pipi, menjadi pendorong untuk saya pergi lebih tinggi, tanpa lupa mengingatkan saya untuk sentiasa berpijak di bumi.



                Bersama mereka, membuatkan saya banyak belajar tentang kehidupan. Bersama mereka juga, saya berjaya temui satu sudut yang lebih baik di dalam diri saya, sesuatu yang lebih tenang dan mendamaikan. Sesuatu yang selama ini saya cari, akhirnya dapat juga saya temui. Persahabatan ini merupakan satu anugerah dari Yang Maha Pencipta buat diri saya. Terima kasih; ingin saya ucapkan kalimah ini berulang-ulang kali kepada mereka agar mereka tahu, adanya mereka di dalam hidup ini merupakan satu nikmat yang amat saya syukuri. Terima kasih sahabat-sahabatku, di atas hadiah yang terindah buat diri ini.

friendship-cards.blogspot.com
Memandangkan hari ini merupakan hari bersejarah yang cukup istimewa buat salah seorang daripada pari-pari saya, ingin saya coretkan sedikit bingkisan buat si dia yang dirai.




My passionate fairy,

                rasanya itulah gelaran yang saya rasakan sesuai untuk sahabat yang seorang ini. Dia adalah seorang sahabat yang sentiasa ceria, membawa gelak tawa buat kami. Hatinya penuh dengan kasih sayang, sentiasa mengambil berat tentang insan sekeliling, tidak lokek untuk menghulurkan bantuan di saat ia diperlukan, penuh sabar melayan kerenah rakan-rakan, mudah memaafkan tanpa dendam, mampu membuatkan sesiapa sahaja yang bersamanya menjadi riang. Setelah mengenalinya dengan lebih lanjut, saya mampu menyelami bahawa pari-pari saya ini seorang yang mudah tersentuh hatinya, berjiwa romantik dan amat menghargai insan tersayang. Ciri-ciri inilah yang membuatkan si pari-pari ini mudah disayangi dan disenangi oleh insan yang mengenalinya. 


                Buat cik pari-pari yang penuh dengan kasih sayang ini (saudari Nor Amalina bt Roslin), SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-23 saya ucapkan. Saya mendoakan agar cik pari-pari kesayangan saya ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat, sentiasa dirahmati Allah selalu dan semoga segalanya terbaik buat anda.  Saya juga sentiasa mendoakan agar suatu hari nanti, cik Melin pari-pari akan berjumpa dengan seseorang yang baik budi pekertinya, yang bertanggungjawab, yang dapat membimbing Melin kearah kebaikan, dan dapat mencurahkan sepenuh kasih sayang buat Melin =) Ameen……Semoga ceria selalu ye, cik pari-pari kesayangan =)


rabbyassweettreats.blogspot.com

read more "NOVEMBER YANG DINANTI"
 

It's all about.....

Sharing is caring =)

So let us share thoughts, ideas or anything. May this sharing will benefit everyone.

HAVE A NICE DAY =)

About Me

My Photo
solehah
:: friendly~if you know who I am :: music is my soul ::
View my complete profile