Saturday, January 24, 2009

Hari-hari yang berlalu.....


Akhir-akhir ini,hari-hari yang berlalu begitu memenatkan. Kesibukan menyiapkan tugasan dan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan sedikit sebanyak menghalang saya untuk terus berkongsi cerita di laman ini. Apabila melihat rakan-rakan yang semakin aktif berkarya, timbul semangat di hati untuk menurut jejak langkah mereka. Namun apabila berkesempatan, pasti ada sahaja kekangan yang menghalang niat di hati. Mungkin saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran baru yang nyata agak berbeza berbanding semester lepas.



Kesibukan yang kian terasa mambuatkan saya merasa gementar untuk menghadapi semester baru yang pastinya lebih mencabar. Nyata, kini saya harus berusaha lebih keras untuk mencapai kecemerlangan. Saya seakan tidak percaya bahawa perjuangan saya sebagai penuntut kini semakin menuju ke penghujungnya. Masa begitu pantas berlalu sehingga selama ini saya hampir tidak menyedari bahawa saya sudah semakin meningkat dewasa.
Sepanjang menjadi mahasiswa di Universiti Putra Malaysia yang serba indah ini, saya telah memperoleh banyak pengalaman yang nyata banyak membantu saya dalam kehidupan. Benar seperti apa yang dikatakan oleh ramai orang..pengalaman itu mengajar manusia untuk menjadi lebih matang. Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mempelajari sesuatu yang baru, yang sebelum ini tidak pernah saya fikirkan.








Semakin meningkat dewasa, saya kian mengerti bahawa hidup ini tidaklah semudah yang pernah saya bayangkan sewaktu saya masih di alam kanak-kanak. Setelah masa kian berlalu, setelah banyak halangan dan ujian yang ditempuhi, baru saya mengerti dalam erti kata yang sebenarnya tentang realiti kehidupan. Hidup ini kadangkala amat indah dan mengasyikkan, kadangkala suatu ketika, kita merasakan betapa perit dan jerihnya kehidupan. Namun, itulah lumrah alam yang telah ditetapkan. Ada yang menyatakan bahawa hidup ini umpama roda, sekejap ia ke atas, sekejap ke bawah. Hidup juga diumpamakan seperti pantai yang ada pasang surutnya. Mungkin asam garam kehidupan inilah yang mengajar kita tentang erti kesabaran dan ketabahan. Semoga di sebalik apa yang terjadi di dalam hidup kita, tersembunyi suatu hikmah yang pasti memberi makna kepada diri kita suatu hari nanti. InsyaAllah.

2 comments:

Lily said... at January 25, 2009 at 7:34 PM

this few day,
agak serabut la..
mcm2 yg kte fikirkan..haha~

btw,tQ tau sbb call..

solehah said... at January 26, 2009 at 3:20 PM

hurm...
sy pn sama,ly...
rasa tension sgt..
xpe..nnti kt Puteri Resort...
kite enjoy,k...
hehe...

 

It's all about.....

Sharing is caring =)

So let us share thoughts, ideas or anything. May this sharing will benefit everyone.

HAVE A NICE DAY =)

About Me

My Photo
solehah
:: friendly~if you know who I am :: music is my soul ::
View my complete profile