Thursday, January 23, 2014


::23012013::

                Ulangtahun kelahiran insan yang amat ku sayang. Kedudukannya di hatiku, tidak mampu ditukar ganti. Wajah yang sentiasa terhias dengan senyuman yang manis, cukup menenangkan hati ini, setiap kali wajah itu kupandang. Sesungguhnya, insan ini adalah insan yang paling hampir denganku, yang amat memahamiku...kadangkala lebih daripada ku memahami diriku sendiri. 




                Buat ibuku tersayang, Mariyah binti Hamzah..Selamat Hari Lahir yang ke-55 =) Semoga tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya menjanjikan yang terbaik buat ma. Ah sentiasa mendoakan agar ma dipanjangkan usia dalam iman, dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah, dilapangkan dada dan diberi ketenangan, sentiasa bahagia dunia dan akhirat. Ma adalah ibu yang terbaik buat kami. Terima kasih, ma...diatas kasih sayang yang ma curahkan, diatas didikan yang ma berikan, di atas panduan yang ma ajarkan..sesungguhnya, jasa ma kepada kami semua tak mampu kami balas. Walaupun ma juga sibuk bekerja, tetapi ma masih menjadi ibu yang terbaik. Tak pernah berkurang kasih sayang dan perhatian yang kami dapat. Kami sentiasa berdoa dan akan terus berdoa, agar Allah memberi ganjaran Syurga di atas segala jasa serta penat lelah ma dan abah membesarkan kami 8 beradik. 

                   Ah sangat bersyukur, dikurniakan ibu bapa yang sangat penyayang dan baik. Alhamdulillah, Ah bahagia sangat mempunyai keluarga yang sentiasa penuh dengan kasih sayang. Semoga Allah sentiasa memberi kesempatan dan mempermudahkan urusan Ah, agar Ah dapat membahagiakan ma dan abah. InsyaAllah, Ah akan usaha sedaya mungkin untuk menjadi anak yang baik dan 'solehah' buat ma dan abah =) Ah sayang ma dan abah sangat-sangat.... 

                

tazkirah-umum.blogspot.com 


read more "Wajah Cinta"

Tuesday, January 21, 2014



www.eramuslim.com 


Teringat....sebak...
dan menangis lagi...
entah berapa lama akan begini..
rasa yang sering menjengah sudut hati...
membuatku kini semakin mudah mengalirkan air mata...
sememangnya hidup perlu diteruskan...
usaha yang terbaik untuk kehidupan yang masih bersisa...
tetapi yang pasti...
rasa terkilan ini akan sentiasa menghantui...
mungkin untuk sepanjang hayat ini....


  

read more "RASA INI"

Saturday, January 18, 2014


sendiri...
dalam samar cahaya...
syiling kurenung...
jauh menembusi alam semesta...

aneh sekali....
saat ini dunia dirasakan begitu senyap...
terlalu sunyi..
hingga bisikan hati..
seolah-olah jelas kedengaran di cuping telinga sendiri...

waktu-waktu sebegini...
mengingatkanku pada wajah-wajah yang kusayang...
kini hati ini begitu sensitif...
mutiara jernih kini begitu murah...
setiapkali rindu menyapa...
mudah sahaja titisan jernih itu mengalir...
tanpa mengira masa...

bagaikan baru tersedar dari mimpi yang panjang...
hati ini merasa sangat rindu...
setiap masa merindu...
mengenangkan kesilapan yang pernah dilakukan...
hati ini penuh dengan sesalan...
walaupun begitu bersyukur masih diberi peluang..
menyedari kekhilafan lalu..
namun terkilan tetap ada...

setiap waktu diriku merayu...
mohon agar insan kesayanganku ini...
sentiasa dipayungi Kasih Sayang-Mu, Ya Rahman...
mereka amatku sayangi...
semoga dihadiahkan Jannah buat mereka...
di dunia abadi nanti...



http://coretansss.blogspot.com/2012/10/doa-untuk-kedua-ibubapa.html

read more "Dalam Sirna Cahaya"

Saturday, January 4, 2014



Telah sekian lama sesuatu terbuku di sudut hati ini.
Semakin hari, semakin kuat getarannya.
Apa yang tersimpan di daerah paling jauh ini, 
hanya Engkau yang Maha Mengerti.
Tiada siapa yang mampu memahaminya selain-Mu.


Ya Allah,
sesungguhnya aku sedar...
rasa yang Engkau titipkan di hatiku ini....
hanyalah secebis daripada kasih sayang-Mu.
tetapi...
hanya dengan cebisan itu...
sudah cukup membuatkan aku merasa...
sesuatu yang tidak pernah ku rasakan sehebat ini...
Segala kesyukuran ku panjatkan kepada-Mu, Ya Rahman..
atas kurniaan nikmat ini.


ku pohon pada-Mu, Yang Maha Penyayang...
agar rasa ini, membawa kami untuk lebih dekat pada-Mu..
agar rasa ini, memandu kami menemui Cinta-Mu..
Cinta yang kekal abadi...




http://quoteko.com/love-quotes-fotoku-islamickorner-islamic.html




 
read more "KU DI DAERAH ASING "

Monday, December 23, 2013




::23112013::

Sebulan telah berlalu. Terasa begitu pantas beredarnya waktu. Saat episod baru tercipta, kisah baru bakal bermula, menyingkap tabir disebalik Rahmat Sang Pencipta.


Alhamdulillah. Genap 6 tahun perkenalan, juga genap sebulan ikatan janji, kita masih diberikan ruang untuk sama-sama berkongsi nikmat kasih sayang kurniaan-Nya. Sesungguhnya, apa yang dinikmati pada hari ini, tidak pernah dan tidak mampu untuk dibayangkan suatu ketika dahulu. Pada zahirnya, kisah ini kisah kita. Tetapi, perhatilah sedalamnya....kisah ini bukan hanya milik dua insan yang berimpian untuk membina bahagia....tetapi ia adalah satu kesedaran tentang hakikat nikmat ukhuwah keluarga yang kita miliki selama ini.


Peristiwa 23 November 2013 yang lalu adalah lebih dari sempurna buat saya. Sejujurnya, tidak pernah terlintas di fikiran bahawa saya akan menerima lebih daripada apa yang saya sangkakan. Tiada terbayang akan dulang-dulang berhias, pakaian yang lain daripada pakaian harian biasa, dan majlis yang meriah. Walaupun sebenarnya ia adalah sesuatu yang biasa pada zaman ini,namun bagi saya, ia adalah luar biasa. Sebak dan terharu, dengan ketulusan kasih sayang ibu bapa serta keluarga dari kedua-dua pihak untuk membahagiakan kita. Sanggup korbankan masa dan tenaga demi menyampaikan niat di hati. Tiada kata yang mampu diungkapkan untuk menggambarkan betapa kami amat berterima kasih pada ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga atas usaha untuk menjayakan tanda perjanjian kami untuk membina baitul muslim. Syukur alhamdulillah, atas kurniaan keluarga yang sakinah. 



      


Betapa beruntungnya kita selama ini, mempunyai mereka yang sentiasa setia disisi. Dalam apa jua situasi, mereka tetap berdiri di belakang, memberikan sokongan, menjadi tulang belakang, meminjamkan kekuatan..agar kita masih mampu berdiri, walaupun saat itu dunia memusuhi. Betapa bahagianya kita, mempunyai keluarga yang penyayang...yang sedia menerima diri kita seadanya, baik buruknya kita, mengasihi kita tanpa syarat. Saat bahagia datang bertandang, mereka turut tersenyum gembira. Bila duka datang menyapa, mereka turut merasakan pedihnya. Walau terkadang ada perselisihan yang menimbulkan amarah, namun kasih sayang tetap ada, tidak pernah luntur. Merekalah syurga dunia kita, yang pastinya tidak mampu ditukar ganti.   


Sesuatu yang saya perasan, sejak akhir-akhir ini jiwa saya begitu sensitif. Terlalu mudah tersentuh apabila menyebut perihal ayah dan ibu. Di saat diri kini akan melangkah ke satu fasa yang baru, terasa bercampur-baur segala perasaan yang berkocak di hati. Saya kira, pastinya semua kaum Hawa yang berada di persimpangan ini, turut merasai pengalaman yang serupa. Syukurlah wahai Hawa, kerana Allah menciptakan kita fitrahnya mempunyai jiwa yang halus. Halusnya perasaan itu, jika digunakan sebaiknya dan dilihat dengan mata hati, mampu menemukan kita pada hakikat tentang hikmah-Nya yang indah.  


Pergolakan dalam diri ini telah membuka mata saya, menyedarkan saya..yang kadangkala sering terleka dan terlalu mengambil mudah akan tanggungjawab kita sebagai ahli keluarga, terutamanya sebagai seorang anak. Betapa tulusnya kasih sayang ayah dan ibu, yang sentiasa ada di setiap waktu, memberi panduan untuk kita menempuh cabaran hidup, yang memberi kita semangat untuk terus maju, yang sering mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kita, malah yang sentiasa yakin pada diri kita. 


Episod ini merupakan titik tolak untuk kita lebih menghargai mereka, untuk kita tingkatkan usaha membahagiakan mereka. Semoga kita dapat sama-sama berusaha sebaik mungkin, menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang dapat membahagiakan mereka dunia akhirat, dan menjadi ahli keluarga yang sentiasa membahagiakan orang lain. Semoga kita adalah pelaburan akhirat yang amat menguntungkan kedua ibu bapa kita. InsyaAllah.




www.islam44.net

read more "Perancang Paling Agung"

Monday, January 23, 2012


aruki.deviantart.com

Trapped in this empty space....
Nothing here to accompany....
Silence.....is all that exist...
Try to find something to hold on to...
Nothing I could see...
Then, there's a loud voice screaming....
Bouncing from the wall...
Circulated...
Realize...there's no way out.....
Have to stay here....
All alone....
With only me.....




read more "PRISONER"

Saturday, January 7, 2012


7 Januari 2012.....
     
              Tarikh ini pastinya mencatat sejarahnya yang tersendiri di dalam diari kehidupan si dia. Setelah sekian lama memerah keringat, menjalani latihan dengan penuh ketekunan, menghadapi segala ujian dengan penuh kesabaran, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Di hari yang istimewa ini, pasti si dia segak berpakaian seragam putih, persis seorang Putera. Walaupun terselit sedikit rasa kecewa di hati kerana tidak dapat turut sama meraikan hari 'kemenangan' ini, namun segera ku pujuk hati kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Hari yang penuh gembira ini tidak seharusnya dicemari dengan kesedihan. Sesungguhnya saya rasa amat bahagia, turut berkongsi kegembiraan yang dirasa. Terbayang senyuman manis yang pastinya menghiasi wajah ibu, ayah dan juga keluarga si dia


persis seorang putera

Buat Puteraku,
              
                 Tahniah diatas kejayaanmu. Sejujurnya, diri ini tumpang gembira dengan kejayaan Si Putera yang amat kukasihi. Malah, teramat gembira apabila mengenangkan bahawa inilah yang diinginkan oleh dirimu sejak dahulu. Izinkanku berkongsi rasa bahagia ini, meraikan kegembiraan bersama, walau hanya dari kejauhan. Sememangnya, tersimpan hasrat dari dahulu lagi, untukku melihat sendiri Si Putera segak mengenakan seragam putih, namun keadaan tidak mengizinkan. Ku berharap agar Si Putera dapat memahaminya. Sesungguhnya, ku amat teruja menantikan hari yang penuh bersejarah ini tiba. Tiada kata yang mampu ku ungkapkan untuk menggambarkan rasa banggaku terhadap diri Si Putera. Ku mendoakan agar Si Putera akan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Selamanya dirimu akan tetap menjadi Putera di hati ini.



p/s: Tahniah juga buat rakan-rakan yang turut berkongsi hari bahagia ini. Semoga kejayaan akan sentiasa bersama kalian.

read more "PUTERA"
 

It's all about.....

Sharing is caring =)

So let us share thoughts, ideas or anything. May this sharing will benefit everyone.

HAVE A NICE DAY =)

About Me

My Photo
solehah
:: friendly~if you know who I am :: music is my soul ::
View my complete profile