15:42, telefon bimbitku berdering. Agak hairan kerana sejak sebulan yang lalu, telefon bimbit saya jarang mengalunkan lagu. Hanya 2, 3 kali, samaada daripada keluarga atau sahabat terdekat. Saya amati nombor yang tertera di skrin, bertambah hairan apabila nombor itu tidak saya kenali. Dengan perasaan ingin tahu siapakah gerangan si pemanggil, segera saya jawab panggilan tersebut. Demi terdengarkan suara itu, saya segera mengenali siapakah gerangannya yang di sana. Tidak perlu memperkenalkan diri, saya yakin suara itu miliknya. Walaupun telah lama kami tidak berhubung, namun saya tetap mengingati suara itu. Terkaku seketika, seakan bermimpi sahaja rasanya. Buat beberapa detik itu, tiada patah bicara yang kedengaran. Saya ketawa untuk menyembunyikan perasaan terkejut di hati. Kami berbual-bual untuk seketika, berkongsi berita gembira itu kerana si pemanggil mempunyai urusan yang perlu diselesaikan. Terbayang di fikiran, wajah-wajah terkejut yang akhirnya pasti tersenyum gembira menyambut kepulangannya. Sekurang-kurangnya, dua minggu ini pasti mengundang senyuman manis di wajah.
Monday, April 4, 2011
Friday, March 25, 2011
Whenever I see that White & Blue....
I'm excited....
Wherever I see that White & Blue....
I'm delighted....
Seeing that White & Blue...
the energy feels like have been pumped up...
Flows through the whole part...
The flame that keeps on burning....
The spirit that keeps on roaring...
Eternally....will never end...
Am I obsessed?
Yes...some people say I'm too obsessed....
They even say....I'm possessed....
If only they knew....
How special that White & Blue.....
That White & Blue......lights up my spirit
That White & Blue......told me to be wiser
That White & Blue......give me trust and hope
That White & Blue......shows me the power of teamwork
From White & Blue.....I've learned to understand life
From White & Blue.....I know how to survive
From White & Blue.....I've trained to built that self quality
From White and Blue....I understand fantasy and reality
That's why...
Those White & Blue....
are meaningful to me....
I've become a better person....
Those White & Blue....
Assalamualaikum.....
Hari ini merupakan hari yang amat istimewa. Teringat kenangan sewaktu sedang menuntut pengajian di universiti dahulu. Setiap tahun, pada hari yang istimewa ini, saya dan beberapa orang rakan pasti tidak akan melepaskan peluang seandainya ditawarkan untuk menyertai acara penuh istiadat ini. Di saat orang lain bermalas-malasan di bilik, kami dengan senang hati sedia mengorbankan masa untuk menghadiri upacara tersebut. Walaupun telah menghadiri acara yang sama setiap tahun, tiada sedikit pun kami merasa jemu. Malah, kami amat teruja untuk turut sama melibatkan diri. Dapat melibatkan diri dalam upacara yang penuh istiadat ini merupakan satu penghormatan buat kami. Tidak tergambar betapa hebatnya perasaan menyaksikan semua itu di hadapan mata. Amat terharu sehinggakan kadangkala, air jernih itu bertakung di tubir mata. Dapat menyaksikan kesegakan pahlawan negara lengkap berpakaian, kemas mengatur langkah, berdiri megah, di saat penghormatan diberi kepada seluruh warga dan anggota, merupakan satu pengalaman yang cukup indah buat diri saya. Segala pengorbanan dan kerja-keras para pahlawan disanjung dan dipuji. Mereka pahlawan mulia, sanggup berkorban masa dan tenaga, mempertaruhkan nyawa demi bangsa dan negara.
SELAMAT HARI POLIS KE-204 buat semua warga Polis Di Raja Malaysia. Tahniah di atas segala pencapaian cemerlang selama ini. Jasamu sentiasa dikenang seluruh bangsa. Engkaulah pahlawan berani, penegak keadilan, pembela nusa dan bangsa. Semoga PDRM akan terus maju dan cemerlang.
Wednesday, March 23, 2011
This silence...
Never kills me....
Yet,it keeps me smiling....
although sometimes, those crystals keep dropping....
As I listen to this song all day long....
I found I'm there once again....
to a place where I belong......
read more ":: SILENT 23rd ::"
Never kills me....
Yet,it keeps me smiling....
although sometimes, those crystals keep dropping....
As I listen to this song all day long....
I found I'm there once again....
to a place where I belong......
Hope you guys enjoy.....
It's a good song though =)
Sunday, March 20, 2011
Assalamualaikum....
Pada cuti sekolah yang lalu, Abang Teh dan Kak Tie yang merantau jauh ke negeri orang mencari rezeki, pulang bertemu keluarga. Sudah lama rasanya kami tidak berkumpul dan bertukar cerita. Rindu pada usikan dan gelak tawa mereka. Setelah seminggu kami menghabiskan masa bersama, maka tibalah masa untuk kami berpisah kembali. Semalam saya,Ma dan Kak Yong menghantar Kak Tie ke stesen bas di Geliga. Sementara menunggu bas, kami sempat berborak-borak dengan sebuah keluarga Cina. Perbezaan bangsa tidak menjadi penghalang untuk kami berbual mesra dan bergelak ketawa bersama. Semasa kami sedang rancak berbual, tiba-tiba seorang kanak-kanak berbangsa cina datang menghampiri saya, lantas memanggil saya 'kakak'. 'Cair' saya dibuatnya. Anak kecil yang baru pandai bertutur itu sangat comel, rasanya mahu sahaja saya memeluk dan mencubit pipinya yang montel.
Telatah anak kecil yang amat menghiburkan itu membuatkan saya juga teringin untuk mempunyai anak yang bijak, baik dan comel suatu hari nanti. Pasti bukan saya sahaja yang berimpian begini kerana semua wanita pasti menginginkan yang serupa. Namun apa yang harus kita ingat, anak itu merupakan amanah daripada Allah. Lahirnya anak itu adalah dalam keadaan putih bersih, suci daripada sebarang noda. Maka, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya, mendidik anak agar menjadi seorang insan yang baik budi pekerti dan soleh.
Namun, keadaan sekarang yang amat membimbangkan membuatkan saya terfikir, bukan mudah untuk kita mendidik seseorang menjadi insan. Sejak kebelakangan ini, pelbagai kisah salah laku golongan remaja dipaparkan. Penularan budaya barat semakin menjadi-jadi sehinggakan kini sifat ketimuran yang seharusnya dikekalkan oleh para remaja semakin terhakis. Sememangnya tidak adil untuk kita menghukum semua remaja sedangkan hakikatnya, dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk. Namun, disebabkan sebahagian golongan ini yang sering membuat onar, remaja sering sahaja dikaitkan dengan gejala yang negatif. Seperti kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Mendidik anak untuk menjadi seorang insan bukanlah satu tugas yang mudah. Sesungguhnya, begitu berat tanggungjawab yang terpikul di bahu ibu bapa. Justeru itu, ia bermula dengan diri kita. Sebelum bergelar sebagai seorang ibu atau bapa, kita seharusnya memperbaiki kelemahan diri dan berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik, hamba-Nya yang soleh. Saya menyeru pada diri saya dan rakan-rakan semua, hargailah peluang yang kita ada. Gunakanlah peluang itu untuk sentiasa berusaha menjadi insan yang lebih baik. Akur pada yang Maha Pencipta, kasihanilah kedua ibu bapa kita, cintailah diri kita. Saya bukanlah insan suci yang terhindar daripada palitan dosa dan noda. Tiada manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan, namun apa yang penting, kita harus segera bangkit, menyesali dan memperbaiki kesalahan tersebut. Sememangnya, masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari dan perbaiki. Saya percaya, sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia datangnya daripada ibu bapa yang sentiasa taat kepada Penciptanya dan berbudi pekerti mulia.

:: Hafiy Rayyan; rindu pada si montel ini yang sangat suka makan. Si comel ni sangat tangkas merangkak, berpeluh-peluh saya dibuatnya ::
Wednesday, March 16, 2011
Quite worried with the current situation...
Nothing I can do to confirmed his condition...
Just praying and hoping that he'll be fine...
Not only him, but whole of the organization to be better soon...
Tuesday, March 8, 2011
Assalamualaikum....
read more "Semangat Yang Hilang"
Sudah sekian lama rasanya saya meninggalkan laman ini kosong dan kesepian. Dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar, ditambah pula dengan bermacam-macam perkara yang berlaku di sepanjang waktu itu, saya tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan apa yang telah dimulakan di sini. pernah terlintas di fikiran untuk terus sahaja melenyapkan blog ini, tetapi entah mengapa tidak pula saya berbuat begitu. Kini setelah sekian lama meninggalkannya, timbul kembali keinginan untuk berkongsi pendapat, pengalaman atau apa sahaja yang boleh dikongsikan bersama orang lain. Tambahan pula, saya kini masih belum dikurniakan rezeki dalam kerjaya, hanya menghabiskan masa membantu keluarga di rumah.
Sejujurnya, kadangkala timbul juga rasa sedih kerana sehingga kini saya masih menganggur. Sering saya terfikir, adakah ini adalah kifarah terhadap dosa-dosa saya yang lalu. Suatu pagi, sewaktu sedang menyediakan sarapan, saya terdengar satu ceramah berkenaan rezeki kurniaan Allah s.w.t. Menurut ustaz tersebut, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hanya Dia yang Maha Mengetahui akan sesuatu. Hanya Allah tahu bilakah masa yang terbaik dan sesuai untuk-Nya menurunkan rezeki buat hamba-Nya. Jadi sekiranya kita masih belum dikurniakan rezeki, usahlah kita merungut. Malah kita harus terus berdoa pada Allah agar kita dikurniakan rezeki yang baik suatu hari nanti.
Betapa selama ini saya terlalu leka sehingga saya lupa, Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya. Saya bukanlah ustazah atau alim ulama' yang dapat menjelaskan tentang agama Islam secara mendalam. Saya juga hanya manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan dosa. Namun saya berharap dengan apa yang saya kongsikan ini, kita dapat saling ingat-mengingati di antara satu sama lain. Tahun baru ini benar-benar berbeza buat saya, dan saya berharap agar kita semua dapat menjadi insan yang lebih baik untuk kehidupan yang seterusnya.

![]() | |
| alam yang sentiasa menjanjikan ketenangan |
Subscribe to:
Posts (Atom)